Angka kematian gunung berapi White Island melonjak 16 orang
WELLINGTON,. Penyelam New Zealand menjalankan operasi di perairan tercemar berhampiran pulau gunung berapi White Island bagi mencari dua lagi baki mayat, pada Sabtu.
Terkini, jumlah kematian akibat letusan yang berlaku pada Isnin itu telah melonjak kepada 16 orang.
Menurut jurucakap polis, perairan di sekeliling pulau itu tercemar ekoran letusan batu besar-besaran, larva dan bahan kimia sehingga mengehadkan jarak penglihatan.
Semua penyelam melaporkan ternampak banyak ikan dan belut mati terdampar dan terapung di pantai.
Mayat enam mangsa berjaya dikeluarkan pada Jumaat selepas pasukan tentera mendarat di pulau itu dan mengeluarkan mayat dalam operasi berisiko tinggi.
Polis berkata, mereka gagal mengeluarkan mayat dua lagi mangsa, namun ternampak sekurang-kurangnya satu mayat di perairan tidak jauh dari pantai pulau itu.
Pada awalnya, RUU itu diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi berikutan kejayaannya pada pilihan raya Mei lalu.
Bagaimanapun, pemimpin Parti Kongres, Rahul Gandhi yang berucap pada perhimpunan tersebut menggesa Modi dan Menteri Dalam Negeri Amit Shah memohon maaf kepada rakyat kerana memperkenalkan undang-undang tersebut.
Pada masa sama, Gandhi mendakwa tindakan yang dibuat Modi itu hanya akan memusnahkan ekonomi India.
“Ekonomi India telah dimusnahkan oleh Modi. Masih ingat beliau muncul di kaca televisyen pada jam 8 petang (waktu tempatan) dan bercakap tentang nota mata wang 500 rupiah dan 1,000 rupiah yang akan disemak semula,” kata Gandhi merujuk kepada penyataan nota mata wang India yang bernilai 500 dan 1000 yang dihentikan penggunaannya oleh Modi pada 8 Nov 2016.
“Luka yang dibuat oleh Modi terhadap ekonomi negara masih belum pulih sehingga hari ini,” tambahnya.