Anuar Tahir pengsan, dimasukkan ke HKL

KUALA LUMPUR,. Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dilaporkan pengsan pagi tadi.

Penolong Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Faizul Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa Mohd Anuar berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan.

“Saya terima panggilan daripada Pembantu Peribadi (PA) beliau sekitar jam 4 petang tadi memaklumkan tentang Mohd Anuar. Beliau (PA) juga berkata Mohd Anuar agak sibuk dengan jadual yang agak padat. Berkemungkinan beliau (Mohd Anuar) penat,” katanya.

Tambah Mohd Faizul, doktor yang merawat Mohd Anuar menasihatkan agar beliau berehat dari melakukan sebarang aktiviti sehingga benar-benar sihat.

Media melaporkan Mohd Anuar yang juga Ahli Parlimen Temerloh dan Setiausaha Agung Amanah dimasukkan ke HKL selepas beliau pengsan dan dikatakan mengalami pendarahan otak tetapi doktor memutuskan bahawa tiada sebarang pembedahan perlu dijalankan ketika ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )