
AS catat 1,297 kematian COVID-19 dalam 24 jam
WASHINGTON,. Amerika Syarikat (AS) merekodkan 1,297 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam.
Penambahan itu meningkatkan jumlah kumulatif 101,573 kematian di AS sejak pandemik virus itu bermula, mengikut data Johns Hopkins University.
Negara itu juga mencatatkan 1,720,613 kes jangkitan COVID-19 iaitu yang tertinggi di dunia.
Virus itu kini merebak ke 213 negara dan wilayah di seluruh dunia dengan mencatatkan lebih 5.9 juta kes jangkitan dan hampir 362,000 kematian. – AFP