Asteroid lebih besar daripada bangunan Empire State ‘mendekati’ bumi

Asteroid lebih besar daripada bangunan Empire State ‘mendekati’ bumi

KUALA LUMPUR: Sebuah asteroid yang lebih besar daripada Bangunan Empire State akan melintasi bumi pada hari ini. Ia diklasifikasikan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sebagai ‘Asteroid Berpotensi Berbahaya’ kerana jaraknya yang secara relatif dekat dengan bumi walaupun agak jauh.

Asteroid yang dipanggil 388945 (2008 TZ3) akan melepasi bumi pada Ahad (15 Mei) daripada orbitnya mengelilingi matahari melalui Bumi setiap 732 hari.

Dua tahun lalu, ia hadir pada jarak 2.75 juta kilometer dari planet bumi, tetapi kali ini ia dijangka berada sekitar empat juta kilometer jauhnya. Menurut Pengarah Pusat Kajian Objek Dekat Bumi NASA (CNEOS), berbanding dengan keluasan ruang angkasa, asteroid berpotensi berbahaya itu agak dekat dengan bumi.

“Secara astronomi, ini hampir dengan bumi. Tetapi dari segi manusia, kedua-duanya itu berjuta-juta batu jauhnya,” katanya. Asteroid 388945 ditetapkan sebagai asteroid kelas Apollo, bermakna orbitnya melintasi bumi, yang berlaku kira-kira setiap dua tahun.

Batu itu kali terakhir melepasi bumi pada Mei 2020 dan penerbangan seterusnya selepas hujung minggu ini adalah pada Mei 2024. Ia berukuran 490 meter pada lebarnya iaitu lebih tinggi daripada Bangunan Empire State (443m) dan Menara Eiffel (300m).

Saiznya, yang ‘sangat besar’ setanding dengan padang American Football.

Saiz asteroid berbeza-beza dan Ceres, objek terbesar dalam jenis asteroid, telah diklasifikasikan semula daripada asteroid kepada planet kerdil oleh saintis pada tahun 2006. Batu terbesar yang pernah melalui bumi ialah 3122 Florence (1981 ET3) yang mempunyai dua bulan.

Ia terbang mengelilingi Bumi sejauh tujuh juta kilometer pada September 2017.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )