Ayob Khan nafi dakwaan 255 OKT mati dipukul dalam lokap di Johor

Ayob Khan nafi dakwaan 255 OKT mati dipukul dalam lokap di Johor

JOHOR BAHRU,. Polis Johor menafikan dakwaan terdapat 255 kematian membabitkan orang kena tahan (OKT) akibat dipukul dalam lokap di negeri itu, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata, statistik menunjukkan hanya 23 kematian melibatkan OKT direkodkan pada 2000 hingga 2014 dengan kebanyakannya adalah penagih dadah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau menyelar dakwaan menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Ganesh Nadaraja (dikenali sebagai N.Ganeshparan) yang tidak berpuas hati dan mempertikai tindakan polis menahan seorang pejuang hak asasi manusia K. Haridas atas kesalahan mengugut pegawai polis pada 2017.

Katanya, hasil siasatan mendapati Ganeshparan yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan mempunyai tujuh rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 397 Kanun Keseksaan, Seksyen 160 Kanun Keseksaan, Seksyen 379A Kanun Ke-seksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Dia juga sudah lima kali ditangkap pada tahun 2010 hingga 2017. Individu ini telah keluar dari Malaysia pada 2 November 2017, pernah berada di Qatar dan kami percaya dia sekarang berada di Jerman. Sebab itu dia berani cakap, kalau berani baliklah Malaysia.

“Dakwaan yang dikeluarkan bahawa 255 OKT mati dipukul dalam lokap memang tidak benar. Tidak tahu daripada mana dia dapat statistik,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam pada itu, Ayob Khan menjelaskan dakwaan menga-takan Haridas dipukul oleh polis adalah tidak benar.

“Haridas bukan dipukul dalam lokap pihak polis. Haridas buat laporan bahawa dia dipukul sewaktu dalam tahanan reman penjara Ulu Choh. Isu tangkapan Haridas ini tidak timbul kerana dia ditahan atas kesalahan lepas iaitu pada 2017… kes berkaitan kenya-taannya terhadap saya itu dalam kertas siasatan,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi enam minit 67 saat yang dimuat naik kelmarin di Facebook individu berke-naan dipercayai kerana tidak berpuas hati berikutan penahanan Haridas serta beberapa dakwaan lain.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This