Banjir pulih, tinggal 36 mangsa di PPS

Banjir pulih, tinggal 36 mangsa di PPS

KOTA KINABALU,. Kebanyakan lokasi terjejas banjir semakin pulih dan hanya 36 mangsa banjir daripada lapan keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Laporan terkini bencana banjir yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mangsa banjir terbabit adalah mangsa yabg ditempatkan di Dewan Masyarakat Tun Said Kota Belud.

“Setakat kelmarin (Selasa), lapan PPS yang menempatkan mangsa banjir sudah ditutup iaitu tiga di Tenom, tiga di Kota Belud dan dua lagi masing-masing di Papar dan Beaufort.

“Masih terdapat 36 mangsa yang belum diarahkan pulang berikutan keadaan banjir belum pulih sepenuhnya di beberapa kampung di Kota Belud,” katanya.

Sabtu lalu, pasukan keselamatan mula memindahkan mangsa ke PPS selepas banjir teruk melanda 11 daerah termasuk Kota Marudu, Pitas, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Putatan, Papar, Keningau, Tenom, Membakut dan Beaufort.

Kejadian mengakibatkan 1,210 mangsa banjir daripada 377 keluarga dan 152 perkampungan dipindahkan ke 17 PPS seluruh Sabah.

CATEGORIES
TAGS
Share This