Bank muamalat turunkan kadar BR dan BFR

KUALA LUMPUR,. Bank Muamalat Malaysia Bhd mengurangkan kadar asas (BR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) sebanyak 25 mata asas masing-masing kepada 3.56 peratus dan 6.56 peratus, mulai hari ini.

Bank itu berkata semakan itu adalah sejajar dengan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada 20 Januari lepas.

“Ini akan berkuat kuasa kepada semua pakej pembiayaan kadar apungan yang disandarkan pada BR dan BFR,” menurut bank itu dalam kenyataan hari ini.

Kadar deposit akaun-i jangka tetap bank itu akan diturunkan 25 mata asas.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )