Bayern dilapor setuju dapatkan Sane

Bayern dilapor setuju dapatkan Sane

BERLIN,. Bayern Munich dikatakan sudah bersetuju untuk menandatangani pemain sayap Leroy Sane dari Manchester City, menurut pelbagai laporan di media di Jerman dan England awal pagi tadi.

Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan hampir ke Bayern tahun lalu sebelum mengalami kecederaan lutut.

Sky Sports dan BBC berkata kedua-dua kelab bersetuju dengan yuran sejumlah £54.8 juta pound (RM290.49 juta) manakala akhbar Jerman, Bild melaporkan yuran sekurang-kurangnya 50 juta euro (RM240.38 juta).

Bild berkata Sane akan menandatangani kontrak lima tahun bersama juara Jerman itu dengan yuran perpindahan kurang daripada 100 juta euro (RM480.75 juta) dilaporkan tahun lalu.

Kontrak Sane di Manchester City akan tamat pada Jun 2021.

Akhbar sukan Kicker berkata perjanjian berkenaan semakin “hampir.”

Pemain antarabangsa Jerman itu membuat penampilan pertama Liga Perdana musim ini sebagai pemain gantian berdepan Burnley minggu lalu.

Namun pengurus City, Pep Guardiola mengakui awal bulan ini bahawa Sane tampak akan berhijrah selepas menolak kontrak baharu.

“Leroy berkata dia tidak mahu menyambung kontrak musim depan jadi bermakna dia mahu meninggalkan kelab dan ia akan berlaku musim panas ini atau pada penghujung kontrak,” katanya.

“Saya rasa semua orang tahu jika tiada perjanjian penamat musim ini antara kedua-dua pihak, dia akan meninggalkan kelab.” – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This