Bayern mohon maaf pada City

Bayern mohon maaf pada City

LONDON,. Juara Jerman, Bayern Munich terpaksa memohon maaf kepada Manchester City selepas mengumumkan awal perpindahan bintang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, Leroy Sane.

Gambar sayap pasukan Jerman yang bernilai 55 juta pound (RM293.81 juta) dengan memakai jersi kelab baharunya itu tersebar menerusi media sosial sejak malam tadi.

Sane, 24, menghabiskan masa sehari di Munich semalam bagi melengkapkan pemeriksaan perubatan selain bertemu dengan pegawai kelab di padang latihan.

Bagaimanapun Bayern hampa apabila proses perpindahan itu tidak dapat disempurnakan malam tadi, sekali gus memaksa kelab terbabit memohon maaf atas kesilapan berkenaan.

Pun begitu, Sane dijangka memperoleh pendapatan tambahan sebanyak 20 juta pound (RM106.84 juta) sepanjang tempoh lima tahun di Bayern.

Dia dijangka menerima gaji sebanyak 385,000 pound (RM2.05 juta) seminggu daripada Bayern atau kira-kira 19.8 juta pound (RM105.77 juta) setahun.

Disamping itu, dia juga menerima ganjaran sebanyak 10 juta pound (RM53.42 juta) dari kelab berkenaan.

– AGENSI

CATEGORIES
TAGS
Share This