Bayi 12 Hari Mangsa Termuda Dijangkiti Covid-19

Bayi 12 Hari Mangsa Termuda Dijangkiti Covid-19

KUALA LUMPUR,. Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan bayi berusia 12 hari antara yang termuda dijangkiti Covid-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi tersebut merupakan mangsa gelombang kedua Covid-19.

“Bagi gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, tetapi sekarang bayi berusia 12 hari disahkan positif Covid-19.

“Butirannya kita akan maklumkan kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai rawatan dan tarikh bayi tersebut disahkan positif.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )