Beberapa kawasan di Sabah hadapi gangguan bekalan elektrik

Beberapa kawasan di Sabah hadapi gangguan bekalan elektrik

KOTA KINABALU,. Sebanyak 113,965 pengguna di beberapa lokasi di Sabah dan Labuan mengalami gangguan bekalan elektrik susulan berlaku belantik serentak di beberapa penjana kuasa bebas (IPP) di Sepanggar di sini lewat petang Ahad.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Norhizami Abu Hasan berkata jumlah pengguna terjejas itu melibatkan 18 peratus daripada keseluruhan pengguna elektrik syarikat tersebut dalam kejadian bermula pukul 5.59 petang Ahad.

Beliau berkata gangguan elektrik itu melibatkan beberapa lokasi tertentu di bandar seperti Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Tuaran, Pitas, Keningau, Semporna, Sandakan dan Labuan.

“Gangguan bekalan yang lebih besar berjaya dielak apabila sistem perlindungan grid yang beroperasi secara automatik berfungsi dengan berkesan.

Kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan secara berperingkat bermula pukul 7.43 malam dan pulih sepenuhnya pada pukul 9.39 malam,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini malam tadi.

Beliau berkata satu pasukan penyiasat telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca utama kejadian itu dan kaedah-kaedah mitigasi bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )