Bekas ketua bahagian mohon sertai UMNO, Bersatu Putrajaya tidak terjejas

Bekas ketua bahagian mohon sertai UMNO, Bersatu Putrajaya tidak terjejas

KUALA LUMPUR,. Tindakan bekas Ketua Bahagian Bersatu Putrajaya Datuk Seri Erwan Mohd Tahir memohon untuk kembali menyertai UMNO tidak akan menjejaskan bahagian itu, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata akar umbi dan kepimpinan Bahagian Putrajaya sentiasa berada dalam keadaan kukuh dan susulan tindakan Erwan, jawatan ketua bahagian itu kini dipangku oleh Timbalan Ketua Bahagian Fathul Azam Hashim.

“Tindakan bekas Ketua Bahagian Putrajaya memohon untuk kembali menyertai UMNO tidak menjejaskan Bersatu Putrajaya kerana beliau telah pun meletakkan jawatannya pada 10 Okt tahun lepas setelah tewas dalam pemilihan parti bagi jawatan Naib Presiden,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media memetik Erwan sebagai berkata beliau telah keluar dari Bersatu dan kembali menyertai UMNO berkuat kuasa serta-merta.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )