BESarawak lancar IJBEL, jurnal pertama dunia mengenai industri acara perniagaan

BESarawak lancar IJBEL, jurnal pertama dunia mengenai industri acara perniagaan

KUALA LUMPUR,. Business Events Sarawak (BESarawak) hari ini melancarkan jilid pertama Jurnal Antarabangsa Acara Perniagaan dan Legasi (IJBEL), jurnal pertama di dunia yang menggabungkan acara perniagaan dan topik legasi serta yang pertama di Asia Tenggara mengenai semua acara perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif BESarawak Amelia Roziman berkata terbitan pertama memberikan pandangan dan pengetahuan yang amat baik mengenai cara penggiat acara perniagaan global berkembang dan impak yang ditemui sehingga kini.
Advertisement

“Sebanyak 11 kertas kerja telah diterbitkan dan separuh daripadanya melaporkan mengenai usaha legasi dan kemampanan yang telah dimulakan.

“Separuh daripadanya telah berjaya untuk jurnal yang khusus untuk topik ini – kejayaan jilid pertama menunjukkan jurnal itu merupakan platform yang berkesan dan dipercayai untuk mendokumentasikan nilai sebenar acara perniagaan,” katanya dalam kenyataan bersempena dengan 3rd Business Events Tribal Meet (TriBE Assembly) pada Jumaat.

Pada TriBE Assembly pada Jumaat, Sarawak mendedahkan bahawa destinasi itu akan cuba meraih 1,245 acara perniagaan menjelang 2030 dengan membangunkan lagi langkah-langkah yang akan memberi impak legasi dan kemampanan dalam sektor itu.

TriBE Assembly semalam mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak pelan strategik jangka panjang untuk membantu dalam mencapai Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 kerajaan negeri dan menjadikan Sarawak sebagai destinasi utama untuk ekopelancongan dan acara perniagaan.

Cadangan itu menjadikan satu cadangan yang kukuh – bagi kerajaan mengukuhkan kerjasamanya dengan sektor itu untuk membangunkan dasar dan garis panduan yang praktikal dan beretika yang akan menerajui acara perniagaan pada masa depan untuk menjadi lebih berkesan dan mampan kepada destinasi tersebut.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah memberi jaminan untuk memacu pembangunan komuniti, ekonomi dan alam sekitar yang positif daripada acara perniagaan dan mengetuai 300 perwakilan daripada TriBE Assembly sebagai duta acara perniagaan Sarawak.

“Berdasarkan acara perniagaan merupakan sebahagian daripada PCDS 2030, acara berteraskan kemampanan dan legasi akan menjadi acara penting untuk mencapai aspirasi kita untuk kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

“Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak memberi jaminan bahawa impak legasi dan kemampanan akan disokong sepenuhnya dan akan menjadi elemen kepada sektor acara perniagaan kita,” katanya.

Setakat ini, negeri itu telah melepasi sasarannya untuk mencapai 90 acara dengan 94 acara (pencapaian 104 peratus), dengan anggaran jumlah impak ekonomi sebanyak RM303 juta; RM165 juta daripada perbelanjaan perwakilan langsung, RM9.9 juta hasil cukai dan 23,755 pekerjaan untuk Sarawak.

Daripada 94 acara, 81 acara perniagaan telah dinilai dengan sejumlah 570 impak terhadap sektor tersebut, ekonomi, komuniti, alam sekitar dan tadbir urus politik.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This