BFA gesa agihan vaksin COVID-19 secara adil

BFA gesa agihan vaksin COVID-19 secara adil

BEIJING,. Forum Asia Boao (BFA) dalam satu laporannya pada Khamis menyeru penyelarasan global yang lebih berkesan dilaksanakan bagi menamatkan masalah ketidakadilan dalam pengagihan vaksin COVID-19.

Menurut laporan itu, terdapat jurang perbezaan pemvaksinan yang serius antara negara maju dan negara membangun.

Dilaporkan, sebanyak 3.7 bilion dos vaksin COVID-19 telah dihasilkan di seluruh dunia dengan 26.5 peratus populasi global telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat 20 Julai lalu.

Namun, kadar pemvaksinan di negara Barat lebih tinggi berbanding negara lain, manakala bagi negara berpendapatan rendah pula, individu yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin kurang daripada satu peratus.

Setiausaha Agung BFA, Li Baodong pada majlis pelancaran laporan BFA itu berkata, vaksin COVID-19 adalah antara vaksin paling cepat dibangunkan dalam sejarah manusia dan keselamatan vaksin terbukti berkesan.

Menurut Li, pembangunan vaksin COVID-19 telah menarik perhatian pelbagai pihak dan China antara negara yang paling banyak menyumbang vaksin kepada negara membangun.

Setakat ini, China telah menyumbang 2.6 juta dos vaksin kepada negara lain, dan melebihi 500 juta dos vaksin kepada 100 pertubuhan antarabangsa.

Selain itu, China juga membantu negara-negara membangun untuk membina kemudahan pengeluaran vaksin dan menyokong pemberian hak harta intelek vaksin COVID-19 kepada negara membangun.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )