Biden dahului di Georgia, tetapi mungkin boleh berubah, kata pegawai pilihan raya

Biden dahului di Georgia, tetapi mungkin boleh berubah, kata pegawai pilihan raya

WASHINGTON,. Calon presiden Demokrat Joe Biden masih mendahului di Georgia, tetapi kedudukan mungkin boleh berubah, kata pengurus sistem pengundian Georgia Gabriel Sterling dalam satu sidang media pada Jumaat.

“Ya, Biden di depan dengan 1,585 undi tetapi ia mungkin berubah dalam beberapa hari lagi … sama ada dia terus mendahului atau Presiden Donald Trump pula di depan.

“Masih ada masa dan kertas undi universal mungkin akan merubah kedudukan itu,” kata Sterling lapor agensi berita Sputnik.

Georgia mempunyai 16 undi elektoral dan kali ini dianggap antara negeri yang menyaksikan persaingan sengit dan boleh memberikan keputusan luar jangka walaupun rekod kemenangan konsisten untuk Republikan.

Demokrat menaruh harapan untuk merampas Georgia buat pertama kalinya sejak 1992.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This