Bill Gates letak jawatan ahli lembaga pengarah Microsoft

AMERIKA SYARIKAT,. Pengasas bersama Microsoft Corp, Bill Gates pada Jumaat mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat gergasi teknologi itu.

Menurut kenyataan syarikat itu, Gates, 64, mahu mendedikasikan lebih banyak masa kepada isu kesihatan dunia, pendidikan dan perubahan iklim.

Gates juga meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Berkshire Hathaway Inc milik Warren Buffett yang dipikulnya sejak 2004.

Beliau merupakan antara yang terkaya di dunia dengan nilai harta mencecah AS$100 bilion (RM430 bilion).

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )