Bincang dengan semua pemain EPL

Bincang dengan semua pemain EPL

LONDON,. Ketua Liga Perdana akan mengadakan mesyuarat dalam usaha meyakinkan pemain bahawa ia selamat untuk kembali beraksi.

Kelab sememangnya menyedari sebahagian bintang mereka bimbang jika dipaksa untuk kembali bermain.

Persatuan Pemain Profesional (PFA) akan menyuarakan kebimbangan ini tetapi SunSport difahamkan, majoriti pemain mahu kembali ke padang.

Dan bos Liga Perdana yakin bahawa protokol keselamatan dirangka pihaknya akan memberi keyakinan kepada semua.

Bintang England, Raheem Sterling, Tyrone Mings dan Danny Rose – termasuk penyerang Manchester City dari Argentina, Sergio Aguero – secara terbuka menyatakan kebimbangan jika bola sepak dimulakan ketika jumlah kematian akibat COVID-19 masih menunjukkan tiga angka.

Sekurang-kurangnya seorang wakil setiap kelab – sama ada kapten atau wakil PFA akan menyertai mesyuarat hari ini menjelang cadangan memulakan kembali liga pada 12 Jun.

Sumber PFA berkata: “Kami semua mahu bermain jika ia selamat tetapi kami juga ada tanggungjawab untuk menyatakan kebimbangan dan pemain juga menyatakan perkara sama.” – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This