Bintang Kelab PSG Kylian Mbappe positif COVID-19
ANKARA,. Pemain bola sepak Perancis Kylian Mbappe menarik diri daripada pasukan negara itu selepas diuji positif COVID-19, lapor Agensi Anadolu.
”Kylian Mbappe tidak akan beraksi dalam perlawanan menentang Croatia. Ujian COVID-19 – yang dilakukan UEFA pagi ini – didapati positif, dan dia kini dikuarantin, ” kata pasukan kebangsaan Perancis pada Isnin.
Perancis akan menentang Croatia untuk Liga Negara-Negara pada Selasa.
Mbappe, 21, bermain untuk pasukan Liga 1, Paris Saint-Germain dan sudah menghasilkan 90 jaringan dalam 124 perlawanan sejak 2017.
— BERNAMA
CATEGORIES A - Featured