Bonnie menunjukan dia memang juara dunia setelah merangkul gelaran tersebut sekali lagi

Bonnie menunjukan dia memang juara dunia setelah merangkul gelaran tersebut sekali lagi

KUCHING,. Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi muncul sebagai juara dunia pada Kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia, semalam setelah mengenepikan semua pencabarnya.

Bonnie yang mengetuai cabaran Malaysia pada Kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia, bermula 27 November hingga 5 Disember ini.

Kejayaan yang di cipta oleh atlet Sarawak itu turut mendapat perhatian Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah yang menyifatkan ia adalah komitmen Bonnie untuk menjadi seorang juara Dunia yang hebat dan akan disegani pada masa akan datang.

Beliau yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaan Bonnie itu turut berkata, ia juga hasil daripada latihan terbaik daripada jurulatihnya yang cemerlang, iaitu Jamil Adam, yang melatih beliau pada masa ini

“Jurulatih Para Kebangsaan, Jamil merupakan anak Sarawak yang diberi kepercayaan melatihan pasukanya di Kuching dan bukan di Kuala Lumpur pada kali ini,” katanya menerusi satu kenyataan lagi.

Beliau berkata, dengan latihan yang diadakan di Kuching sendiri, ia menjadi satu bonus kepada Bonnie kerana dekat dengan keluarganya disini dan membuatkan latihannya lebih fokus lagi.

Selain itu beliau berkata, kejayaan Bonnie sudah pastinya jadi penyuntik semangat rakan dan pasukanya, ke tahap keyakinan dan semangat yang lebih tinggi lagi.

“Sokongan daripada kerajaan negeri memberi insentif baru-baru ini yang diterima daripada Ketua Menteri adalah sebahagian dari pada penyuntik semangat.

“Selain itu juga kebajikan dan kesejahteraan emosi sentiasa dipantau oleh pegawai Pembangunan OKU kementerian kami,” katanya lagi.

Sementara itu Bonnie, dengan angkatan seberat 210 kilogram (kg) sekaligus menewaskan wakil China, Hu Peng yang meraih perak pada semalam,Atlet Mesir, Ibrahim Shaaban pula membawa pulang pingat gangsa.

— RAHMAN.

CATEGORIES
TAGS
Share This