Bot milik kastam ditembak penyeludup di perairan Semporna

Bot milik kastam ditembak penyeludup di perairan Semporna

SEMPORNA,. Bot milik Jabatan Kastam ditembak oleh sekumpulan individu di kawasan laut berhampiran Pulau Mataking, Semporna, 5.30 petang tadi.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan dan memaklumkan memang ada kejadian berlaku dan pihak mereka masih menjalankan siasatan.

Difahamkan, bot berkenaan milik Jabatan Kastam cawangan Lahad Datu.

Namun setakat ini belum dapat dipastikan sama ada mangsa terbabit atau tidak.

Pasukan keselamatan sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.

Kejadian itu berlaku dipercayai berkaitan dengan kes penyeludupan rokok di perairan berkenaan. –

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )