BTS tercalon dalam ‘American Music Awards 2019’

SEOUL,. Kumpulan K-pop popular, BTS sekali lagi melakar kejayaan apabila dicalonkan dalam tiga kategori di anugerah American Music Awards 2019, lapor agensi berita Yonhap.

Kategori itu ialah Favorite Duo or Group – Pop/Rock, Favorite Social Artist dan anugerah Tour of the Year.

Tahun lalu, BTS merangkul anugerah Favorite Social Artist sekaligus muncul artis berkumpulan pertama dari Korea Selatan meraih anugerah di festival muzik berprestij itu.

Pada tahun ini, kumpulan itu turut dicalonkan bersama dengan Billie Eilish, EXO, Ariana Grande dan Shawn Mendes.

Dalam kategori Favorite Duo or Group – Pop/Rock pula menyaksikan kumpulan sensasi itu bakal disaingi – Jonas Brothers dan Panic! At The Disco.

Turut tersenarai bersaing untuk kategori anugerah Tour of the Year ialah Ariana Grande, Elton John, P!nk dan Ed Sheeran.

Acara kali ini akan berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles pada 24 Nov.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )