
Bukti Mourinho bukan cakap kosong
LONDON,. Kecaman Jose Mourinho terhadap Manchester United yang memberikan David De Gea perjanjian baharu bernilai 375,000 pound (RM2 juta) seminggu pada September lalu tampak terbukti tepat.
Benteng terakhir di Old Trafford itu mengharungi satu lagi persembahan memalukan ketika United tewas 1-3 di tangan Chelsea pada aksi separuh akhir Piala FA, pagi tadi.
Malah, peminat United menuntut De Gea digugurkan apabila penjaga gol itu dianggap melepaskan tiga gol mudah buat kepada The Blues.
Bos De Gea sendiri, Ole Gunnar Solskjaer turut mengakui pemain itu sepatutnya 100 peratus boleh menyelamatkan percubaan Mason Mount.
Beberapa penyokong United menyarankan pemain yang dipinjamkan ke Sheffield United, Dean Henderson mengambil alih kedudukan penjaga gol nombor satu Red Devils musim depan.
Melihat kepada penampilannya semakin merosot dan tiada kelab yang berusaha menandatanganinya, Mourinho mendakwa kelab itu melakukan kesilapan besar apabila membayar pemain Sepanyol itu 375,000 pound seminggu.
Selepas De Gea menandatangani kontrak baharunya, Mourinho pantas menegaskan ia satu kesilapan.
Pada September lalu, Mourinho yang digelar ‘The Special One’ berkata, kepada Sky Sports: “Saya rasa United tidak perlu membayar sebanyak itu untuk mengikatnya.
“Satu atau dua tahun yang lalu dia antara yang terbaik di dunia, pada saat ini, kebanyakan pintu sudah ditutup.
“Pintu Real Madrid ditutup, mereka tidak memerlukan penjaga gawang selepas (Thibaut) Courtois. Barcelona ditutup dengan pemain muda dan hebat (Marc-Andre) ter Stegen.
“Paris Saint-Germain juga tertutup ketika mereka menandatangani Keylor Navas yang juga penjaga gawang yang sangat bagus.
“Saya tidak melihat tekanan. Siapa yang akan membayar David jumlah ini? Dia mendapat kontrak yang baik dan dia agak beruntung,” katanya. – AGENSI