Bumi Kian Pulih, Kebocoran Lapisan Ozon Kembali Tertutup

UNITED KINGDOM,. Sudah hampir empat bulan kita berdepan dengan pandemik COVID-19 yang sehingga kini mengakibatkan lebih 170,000 kematian di seluruh dunia dan kebanyakan negara mengenakan sekatan pergerakan untuk menghentikan penularan virus itu.

Tanpa kita sedari, sekatan pergerakan juga bermakna kebanyakan aktiviti biasa seperti perkilangan dan pengangkutan berkurangan dengan mendadak secara tiba-tiba hampir di seluruh dunia, sekali gus memberi kesan baik kepada bumi!

Ya, disebabkan itu tanda pagar #NatureIsHealing menjadi bahan bualan orang ramai ketika ini.

Alam semula jadi kian pulih berikutan pelbagai aktiviti manusia yang membawa kepada berlakunya pencemaran air, udara dan tanah sebelum ini, dihentikan seketika.

Terkini, walaupun mungkin tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan penurunan aktiviti manusia, berita kebocoran atau lubang besar lapisan ozon di kawasan Artik yang telah kembali tertutup memberi harapan baharu kepada alam semula jadi.

Lubang atau kebocoran itu pertama kali dikenal pasti oleh saintis pada bulan Mac tahun ini yang mana ia berpunca daripada keadaan atmosfera yang luar biasa.

Maklumat itu disahkan oleh Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) dan Perkhidm

Saintis memaklumkan bahawa penutupan lubang itu tiada kena mengena dengan penurunan tahap pencemaran disebabkan pengurangan aktiviti perindustrian daripada manusia.

Sebaliknya ia disebabkan pusaran kutub (polar vortex) dan nilai altitud yang tinggi yang menjadikan berlakunya penutupan lubang tersebut.

Untuk pengetahuan, fungsi lapisan ozon adalah untuk melindungi manusia daripada sinar ultraviolet (UV) matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit.

Pada tahun 1970-an, para saintis mendapati bahawa lapisan ozon semakin menipis disebabkan oleh aktiviti manusia, sehingga memberi ancaman terhadap kehidupan di muka bumi.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )