Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini ketika peserta pasaran terus memilih untuk berada di luar pasaran walaupun Wall Street mencatat prestasi semalam yang lebih baik.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.03 mata kepada 1,549.2 daripada 1,551.23 pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.53 mata kepada 1,550.7.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 92 berbanding 84 manakala 1,330 kaunter tidak berubah, 505 tidak diniagakan dan 30 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 515.54 juta saham bernilai RM245.78 juta.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd berkata S & P 500 ditutup dengan menokok 0.9 peratus dalam aliran peningkatan secara meluas yang mencatat kenaikan tertinggi harian sehingga 1.3 peratus.

“Saham global berada dalam sentimen lebih baik pada permulaan dagangan selepas pegawai China menawarkan untuk meningkatkan pembelian tahunan produk pertanian Amerika Syarikat ketika mereka berusaha mencapai perjanjian perdagangan interim dengan Washington,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.39, Tenaga dan Digi meningkat enam sen masing-masing kepada RM13.66 dan RM4.70 manakala PChem turun 10 sen kepada RM7.10 dan IHH susut empat sen kepada RM5.63.

Saham paling aktif menyaksikan Focus Dynamics, Iris Corp, Netx Holdings, Ikhmas Jaya dan D & O Green Technologies pula tidak berubah 36 sen, 14.5 sen, 1.5 sen, 8.5 sen dan 60.5 sen.

Selain itu, Indeks FBM Emas turun 6.63 mata kepada 11,004.32, Indeks FBMT 100 berkurangan 7.36 mata kepada 10,824.87 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 7.78 mata kepada 11,611.42.

FBM 70 meningkat 18.89 mata kepada 13,783.58 namun FBM Ace turun 18.43 mata kepada 4,570.55.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 4.28 mata kepada 14,929.37, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 1.05 mata kepada 148.92 dan Indeks Perladangan susut 8.27 mata kepada 6,530.89.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This