Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada awal dagangan hari ini berikutan sentimen pasaran terkesan dengan pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2019 yang lebih rendah berbanding jangkaan selain kemungkinan satu lagi pusingan bagi pengurangan kadar faedah.

Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.90 mata kepada 1,541.04 daripada 1,542.94 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 1.81 mata lebih tinggi kepada 1,544.75 pagi ini.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 207 berbanding 172 manakala 246 kaunter tidak berubah, 1,353 kanuter tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 331.90 juta saham bernilai RM180.36 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata ekuiti Bursa mencatatkan prestasi lebih rendah berbanding bursa serantau berikutan penurunan yang dialami saham berwajaran tinggi terpilih ketika satu lagi pusingan dijangkakan bagi penurunan kadar dasar semalaman (OPR) untuk menangani kelembapan data ekonomi.

Prestasi ekonomi lebih rendah mungkin menyebabkan dana asing terus menarik diri daripada ekuiti Malaysia bagi jangka pendek, menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

“Pada pandangan kami, prestasi tidak memberangsangkan itu mungkin kekal buat masa ini kerana prestasi ekonomi pada permulaan tahun masih suram disebabkan penularan jangkitan Covid-19.

“Kami turut menjangkakan bursa tempatan mengalami penurunan selanjutnya ke arah paras 1,535 dan sokongan lebih teguh pada paras 1,515. Pada masa ini, sebarang peningkatan akan dihadkan kepada paras rintangan 1,560,” menurutnya.

Antara saham berwajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank dan Tenaga masing-masing tidak berubah pada RM8.46 dan RM12.64, Public Bank naik lapan sen kepada RM17.86 dan Petronas Chemicals turun tujuh sen kepada RM6.45.

Bagi saham aktif, Securemetric tidak berubah pada 15.5 sen, Powerwell menambah 2.5 sen kepada 27 sen dan MYEG naik dua sen kepada RM1.34.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 8.31 mata kepada 11,002.53, Indeks FBM Emas Syariah kurang 14.37 mata kepada 11,776.82 dan Indeks FBMT 100 susut 9.84 mata kepada 10,796.95.

FBM 70 naik 1.60 mata kepada 13,867.57 dan FBM Ace turun 2.79 mata kepada 5,626.67.

Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri kurang 0.38 mata kepada 145.78, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 18.04 mata kepada 14,633.67 dan Indeks Perladangan menokok 17.21 mata kepada 7,330.22.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This