Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, meneruskan momentum Wall Street yang kurang bermaya ketika diniagakan Jumaat lepas, kata para peniaga.

Pada pukul 9.07 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) lega 9.83 mata kepada 1,478.31 berbanding 1,488.14 semasa ditutup pada Jumaat.

Indeks utama dibuka 2.95 mata lebih rendah pada 1,478.31.

Keadaan keseluruhan pasaran agak negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung pada 398 berbalas 95, sementara 212 kaunter tidak berubah, 1,247 tidak diniagakan dan 62 lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan ialah 579.2 juta saham bernilai RM139.3 juta.

Bursa Dow Jones Industrial merosot 730.05 mata kepada 25,015.55, sementara S&P 500 turun 74.71 mata kepada 3,009.05.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berkata pasaran-pasaran saham AS mengalami satu lagi kemerosotan dengan Dow Jones jatuh 2.8 peratus berikutan pembukaan semula ekonomi di Texas dan Florida, sekali gus menyaksikan rekod baharu kes COVID-19 di seluruh negara.

Sementara itu, pasaran-pasaran saham Eropah pula kebanyakannya rendah pada urus niaga jam terakhir Jumaat lepas tetapi sebaliknya, saham-saham Asia ditutup tinggi.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank susut tiga sen kepada RM7.59, TNB lega empat sen kepada RM11.44, Public Bank jatuh 14 sen kepada RM16.42, Petronas Chemicals lebih rendah lima sen kepada RM6.30, manakala IHH Healthcare kekal pada RM5.36.

Dalam kalangan saham paling cergas, AT Systematization menokok 1.5 sen kepada 12.5 sen, waran AT Syatematization menambah setengah sen kepada 16 sen, manakala Lambo dan Vivocom Intl, masing-masing tidak berubah pada dua sen dan tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 66.8 mata kepada 10,391.36, Indeks FBMT 100 Index merosot 65.64 mata kepada 10,250.17 dan FBM 70 rugi 71.2 mata kepada 12,714.95.

Indeks FBM Emas Shariah pula 60.89 mata lebih rendah pada 11,776.42, manakala FBM ACE turun 43.07 mata kepada 6,029.33.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 1.37 mata kepada 132.93, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 89.93 mata kepada 12,732.82 dan Indeks Perladangan turun 34.01 mata kepada 6,625.58.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )