Bursa Malaysia dibuka rendah

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR,. Kemunculan kegiatan pengambilan untung sederhana di pasaran selepas indeks penanda aras ditutup tinggi 0.76 peratus semalam, menyebabkan dagangan Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini.

Pelabur kekal berhati-hati sambil menantikan perkembangan seterusnya ketegangan geopolitik.

Pada 9.05 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.68 mata kepada 1,596.20 daripada 1,597.88 pada penutup hari Rabu.

Pada pembukaan, indeks utama susut 2.03 mata kepada 1,595.85.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mendahului kaunter untung 194 berbalas 135, manakala 195 kaunter tidak berubah, 1,778 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 178.28 juta bernilai RM84.12 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, dengan Wall Street berehat seketika selepas mencatatkan lantunan kukuh baru-baru ini, firma itu menjangkakan aktiviti pengambilan untung mungkin merebak ke pasaran tempatan, terutamanya pada saham teknologi.

“Kami berpendapat pelabur akan kekal berhati-hati terutama dengan jangkaan sekatan lanjut terhadap Rusia, yang mungkin boleh melonjakkan harga komoditi sekali lagi,”‘ kata firma broker itu dalam satu nota.

Ia menambah harga minyak mentah melambung melepasi paras AS$121 setong kerana gangguan kepada eksport minyak mentah melalui saluran paip laut Caspian mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan global yang lebih ketat, manakala minyak sawit mentah (MSM) diniagakan melebihi RM6,300 satu tan semalam.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing naik dua sen kepada RM8.96 dan RM5.39, Petronas Chemicals meningkat lima sen kepada RM9.64, Public Bank meraih satu sen kepada RM4.66, manakala IHH Healthcare turun tujuh sen kepada RM6.47.

Bagi saham aktif, CSH tidak berubah pada 16.5 sen sementara Focus Dynamics, Velesto Energy, Siab Holdings dan Sapura Energy naik setengah sen masing-masing kepada 3.5 sen, 11 sen, 22 sen dan 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM 70 peroleh 24.27 mata kepada 13,676.52, Indeks FBM Emas untung 18.18 mata kepada 11,411.19, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 10.36 mata kepada 12,016.44, Indeks FBMT 100 lebih tinggi sebanyak 14.91 mata kepada 11,099.20 sementara FBM ACE kerugian 26.45 mata kepada 5,556.23.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.98 mata kepada 204.92, Indeks Perladangan meningkat 10.79 mata kepada 8,059.19 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 43.10 mata kepada 16,791.92.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This