Bursa Malaysia dibuka rendah

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia meneruskan aktiviti pengambilan untung semalam untuk dibuka rendah dalam kebanyakan indeks diterajui oleh perkhidmatan kewangan dan perladangan berikutan sentimen pasaran terus berhati-hati dengan langkah China melonggarkan sekatan COVID-19 di bandar-bandar utama.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.97 mata kepada 1,538.05 daripada 1,543.02 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.33 mata kepada 1,544.35.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 208 berbanding 184 manakala 235 kaunter tidak berubah, 1,652 tidak diniagakan dan 42 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 210.74 juta unit bernilai RM117.82 juta.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, untuk hari ini, firma itu berpendapat kekurangan pemangkin belian akan menyaksikan indeks berada dalam julat kecil antara 1,540 dan 1,550.

Sementara itu, katanya ringgit mencatatkan peningkatan berbanding dolar AS untuk meraih RM4.36 pada masa ini daripada paras tertinggi pada RM4.40 pada 18 Mei berikutan harga minyak mentah terus meningkat.

“Minyak mentah Brent telah melepasi paras AS$120 setong berikutan permintaan dilihat meningkat susulan pembukaan semula bandar-bandar besar di China, selain kegagalan Kesatuan Eropah untuk mencapai persetujuan mengenai larangan minyak Russia,” menurut firma itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals, masing-masing merosot 2.0 sen kepada RM8.96 dan RM9.98, Public Bank berkurangan 1.0 sen kepada RM4.58, Tenaga Nasional susut 6.0 sen kepada RM9.19 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.55.

Daripada saham aktif, Dagang Nexchange dan Green Packet, masing-masing tidak berubah pada 99 sen dan 8.0 sen, Serba Dinamik merosot 1.0 sen kepada 10 sen, Sapura Energy berkurangan setengah sen kepada 8.0 sen manakala Priceworth menambah 1.5 sen kepada 15.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE jatuh 23.72 mata kepada 5,172.45, Indeks FBM Emas Shariah merosot 27.59 mata kepada 11,357.68, Indeks FBM Emas berkurangan 22.86 mata kepada 10,968.31, Indeks FBMT 100 turun 22.65 mata kepada 10,668.05 manakala FBM 70 menambah 20.11 mata kepada 13,134.21.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.82 mata kepada 198.93, Indeks Perladangan susut 54.17 mata kepada 7,888.60 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 32.50 mata kepada 16,569.10.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This