Bursa Malaysia dibuka rendah

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit susulan aktiviti jualan sederhana secara menyeluruh.

Pada 9.18 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.36 mata kepada 1,589.99 berbanding 1,591.35 pada penutupan Isnin.

Pada pembukaan, indeks merosot 1.71 mata kepada 1,589.64.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, 180 kaunter rugi berbanding 170 kaunter untung manakala 232 kaunter tidak berubah, 1,448 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 301.32 juta saham bernilai RM163.42 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd mendapati sikap acuh tak acuh dalam kalangan pelabur terus kekal, menyumbang kepada trend pergerakan ekuiti Malaysia dalam jajaran kecil dalam jangka masa yang lebih lama ekoran minat belian masih pada tahap sederhana, dengan penggiat pasaran menunggu untuk melihat pemangkin baharu.

“Pada masa yang sama, musim pelaporan keputusan kewangan syarikat yang menyaksikan prestasi pendapatan yang bercampur-campur, turut gagal mencetuskan keyakinan.

“Dengan arah aliran mendatar yang dijangkakan berterusan, kami melihat indeks utama akan kekal pada tahap 1,590 dan 1,610 buat masa ini, susulan proses pembinaan asas dan aktiviti memperelokkan akaun menjelang akhir tahun bulan depan. Tahap sokongan dan rintangan lain masing-masing pada 1,580 dan 1,620,” katanya.

Ia berkata kaunter saham berharga rendah dan saham secara menyeluruh menyusut ekoran aktiviti pengambilan untung semalam, selepas bertahan sejak beberapa minggu lepas.

“Berdasarkan kekurangan petunjuk, kami menjangkakan aktiviti pengambilan untung akan berterusan dengan lebih banyak pemain runcit mengurangkan pegangan masing-masing menjelang cuti akhir tahun. Aktiviti pengambilan untung muncul selepas kenaikan indeks FBM Small Cap melebihi 8.0 peratus dalam tempoh tiga bulan lepas,” katanya.

Bagi kalangan saham wajaran tinggi, TNB naik dua sen kepada RM13.56, MISC dan Hong Leong masing-masing menambah empat sen kepada RM8.28 dan RM16.80, manakala Maxis kekal pada RM5.25, Maybank dan CIMB susut satu sen kepada RM8 .65 dan RM5.33.

Public Bank merosot enam sen kepada RM19.74, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing susut empat sen kepada RM7.04 dan RM5.41.

Bagi saham aktif, Fintec Global menokok setengah sen kepada 6.5 sen, Xinghe Holdings naik satu sen kepada 25 sen, JAKS Resources menambah tujuh sen kepada RM1.31, Seacera turun 1.5 sen kepada 36 sen manakala Lay Hong susut 2.5 sen kepada 43 sen.

Solarvest Holdings yang baru disenarai di Pasaran ACE meningkat 33 sen kepada 68 sen dengan 104.37 juta saham bertukar tangan. Harga terbitannya ialah 35 sen.

FBM 70 merosot 5.87 mata kepada 14,068.17, Indeks FBM Emas Syariah susut 3.89 mata kepada 11,820.48, Indeks FBM Emas turun 10.38 mata pada 11,279.25, Indeks FBMT 100 merosot 8.37 mata kepada 11,095.34 manakala FBM Ace turun 27.67 mata kepada 4,823.91.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 8.38 mata kepada 7,186.16, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 15.72 mata kepada 15,522.27, dan Indeks Produk & Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.41 kepada 150.96.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This