Bursa Malaysia dibuka rendah

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, mengambil petunjuk daripada keputusan pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) yang tidak muktamad, dengan pengambilan untung dialami dalam saham pengangkutan dan logistik serta tenaga, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 5.23 mata kepada 1,440.96 daripada 1,446.19 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks utama pasaran itu dibuka 3.88 mata lebih rendah kepada 1,442.31.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 236 berbanding 66, manakala 175 kaunter tidak berubah, 1,849 kaunter tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 134.94 juta unit bernilai RM42.33 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Purata Perindustrian Dow Jones merosot 647 mata manakala Nasdaq susut 263 mata apabila hasil berjangka 10 tahun AS ditutup rendah pada 4.1 peratus.

Beliau berkata di peringkat domestik, FBM KLCI dijangka mengekalkan kenaikan semulanya susulan jualan akhir Oktober, justeru indeks itu mungkin berada dalam aliran 1,440 hingga 1,455.

“Kita mungkin menyaksikan pembelian dalam saham bank dan telekomunikasi hari ini,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Dialog Group susut satu sen kepada RM2.03, IHH Healthcare dan Maxis masing-masing turun tujuh sen kepada RM5.90 dan RM3.79, Maybank kurang dua sen kepada RM8.61 dan Petronas Chemicals menguncup empat sen kepada RM8.51.

Antara saham aktif, Euro Holdings dan Avillion masing-masing turun setengah sen kepada 13 sen dan 10 sen, Citaglobal kurang satu sen kepada 25 sen, manakala Advance Synergy tidak berubah pada 11.5 sen dan Lingkaran Trans Kota menokok empat sen kepada 50 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 35.43 mata kepada 10,224.02; Indeks FBM Emas Shariah merosot 39.54 mata kepada 10,284.20; FBM 70 turun 34.42 mata kepada 12,122.82; Indeks FBMT 100 kurang 34.30 mata kepada 9,959.46 dan FBM ACE menguncup 34.36 mata kepada 4,897.98.

Mengikut sektor, Indeks Pengangkutan dan Logistik merosot 73.44 mata kepada 802.80; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.68 mata kepada 173.64; Indeks Perladangan kurang 12.70 mata kepada 6,836.86; Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 35.89 mata kepada 16,224.95 danIndeks Tenaga pula 9.62 mata lebih rendah kepada 712.01.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This