Bursa Malaysia dibuka rendah

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini apabila ketidakpastian terhadap rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China terus menjejaskan sentimen pasaran.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.77 mata kepada 1,597.72 daripada paras penutup 1,599.49 semalam.

Indeks itu dibuka turun 0.84 mata kepada 1,598.65.

Bagaimanapun, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 96 berbanding 84 dengan 162 kaunter tidak berubah, 1,637 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 64.98 juta saham bernilai RM29.58 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata saham di Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam seperti yang dijangkakan sejajar dengan penurunan harga minyak global.

“Bagaimanapun, keadaan keseluruhan pasaran masih tidak ada kepastian, dipengaruhi oleh keadaan pasaran yang sederhana kerana suasana pasaran yang kekal lemah – berikutan jumlah dagangan kecil kerana terdapat hanya sedikit jumlah pembeli.

“Justeru, kami merasakan trend sederhana pasaran akan berterusan, walaupun selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengurangkan kadar faedahnya bagi kali kedua tahun ini, yang telahpun dijangka oleh ramai pihak,” kata firma penyelidikan itu dalam satu nota hari ini.

Malacca Securities berkata, apa yang lebih penting adalah kekurangan berterusan pemangkin dan minat terhadap saham Malaysia akan terus mengekang prestasi Bursa Malaysia dalam tempoh terdekat ini.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks utama berlegar dalam jajaran dagangan ketat antara paras 1,590 dan 1,610 dalam tempoh terdekat, manakala paras sokongan dan ketahanan masing-masing berada pada 1,580 dan 1,600 mata,” kata firma penyelidikan itu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank, TNB dan Petronas Chemicals tidak berubah masing-masing pada RM8.70, RM20.16, RM13.60 dan RM7.69, manakala CIMB Group naik satu sen kepada RM5.02, Hong Leong Bank meningkat 10 sen kepada RM16.60 dan Maxis jatuh satu sen kepada RM5.64.

Dalam kalangan kaunter rugi utama, Nestle jatuh 50 sen kepada RM146.00, Malaysian Pacific Industries susut 27 sen kepada RM9.09 manakala KL Kepong berkurangan 20 sen kepada RM23.16.

Dalam kalangan saham diniagakan cergas, Green Packet dan Sapura Energy kedua-duanya naik setengah sen masing-masing kepada 71 sen dan 29.5 sen, manakala KNM Group meningkat satu sen kepada 40.5 sen.

Indeks FBM Emas jatuh 7.77 mata kepada 11,291.70, Indeks FBMT 100 susut 8.94 mata kepada 11,124.81 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 13.65 mata kepada 11,848.05.

FBM 70 meningkat 2.86 mata kepada 14,005.04 manakala FBM Ace turun 5.79 mata kepada 4,525.24.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 11.46 mata kepada 15,461.51, Indeks Perladangan susut 59.47 mata kepada 6,765.62 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.24 mata kepada 154.34.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This