Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi secara menyeluruh hari ini, menjejaki peningkatan di Wall Street, kata peniaga.

Pada 9.02 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.82 mata kepada 1,507.79 daripada 1,500.97 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks dibuka tinggi 2.96 mata kepada 1,507.79.

Suasana pasaran secara keseluruhannya positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 233 berbanding 69, manakala 197 kaunter tidak berubah, 1,415 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 234.2 juta saham bernilai RM68.13 juta.

Dow Jones Industrial meningkat 0.85 peratus kepada 25,812.88, manakala S&P 500 naik 1.54 peratus kepada 3,100.29.

Malacca Securities Sdn Bhd, dalam nota hari ini berkata FBM KLCI dijangka terus pulih, mengambil petunjuk daripada peningkatan di Wall Street semalaman berikutan pelabur optimis mengenai kumpulan data ekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan baru-baru ini.

Sementara itu, kesimpulan musim pendapatan laporan suku tahun juga boleh membawa kepada kestabilan berikutan pelabur memberi tumpuan kepada pembukaan semula aktiviti ekonomi yang secara berperingkat, katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM7.53, Tenaga naik 12 sen kepada RM11.74, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.50, Public Bank susut enam sen kepada RM16.44 dan Petronas Chemicals merosot satu sen kepada RM6.19.

Daripada saham paling aktif, Fintec Global dan Sasbadi, masing-masing menambah 1.5 sen kepada 7.5 sen dan 13 sen, Iris Corp naik satu sen kepada 19.5 sen, manakala Key Alliance tidak berubah pada enam sen dan AT Systematization susut 1.5 sen kepada sembilan sen.

Indeks FBM Emas meningkat 44.31 mata kepada 10,596.29, Indeks FBMT 100 naik 51.36 mata kepada 10,464.36 dan FBM 70 menambah 79.83 mata kepada 13,019.46.

Indeks FBM Emas Shariah naik 70.97 mata kepada 12,110.26 dan FBM ACE menokok 8.01 mata kepada 6,172.32.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.17 mata kepada 133.83, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 24.84 mata kepada 12,737.35, dan Indeks Perladangan menambah 64.01 mata kepada 6,774.25.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This