Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan sokongan belian dalam hampir semua kaunter berkaitan indeks, menjejaki kenaikan semalaman dalam pasaran saham Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.30 mata kepada 1,579.43 daripada 1,568.13 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks utama dibuka tinggi 9.34 mata kepada 1,577.47 pada 9 pagi.

Suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 518 berbanding 81, manakala 245 kaunter tidak berubah, 1,135 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.03 bilion saham bernilai RM439.31 juta.

Walaupun Dow Jones Industrial Average meningkat 1.4 peratus untuk ditutup kepada 27,201.52, kenaikan peratusan harian terbesarnya sejak 14 Julai, Indeks Komposit Nasdaq mencatatkan rekod ke-31 pada tahun ini, ditutup tinggi 0.5 peratus kepada 10,998.40, selepas mencatatkan paras tertinggi harian pada 11,002.11.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota berkata saham berharga rendah dalam bursa tempatan dijangka terus meningkat hari ini, manakala pasaran yang didorong mudah tunai dengan jumlah dagangan pada paras tertinggi baharu sekali lagi dapat memberi dorongan kepada saham berharga rendah dalam masa terdekat.

Bagi sektor yang menjadi tumpuan hari ini, katanya berikutan penurunan nilai dolar US, dengan harga emas terus melebihi paras US$2,000 satu auns (1 auns = 28.34 gram), ini dapat memberi ruang kepada penggiat berkaitan emas untuk naik lebih tinggi.

“Sementara itu, harga minyak mentah Brent yang ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh lima bulan boleh mencetuskan minat dalam sektor tenaga. Pada masa sama, sektor penjagaan kesihatan dan teknologi akan kekal sebagai peneraju berikutan permintaan yang tinggi,” menurut firma broker itu.

Dari segi teknikal, Maybank IB Research menjangka FBM KLCI terus berada antara 1,550 dan 1,600 hari ini, dengan sokongan penurunan pada 1,550 dan 1,515.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank menambah lima sen kepada RM7.52, Top Glove meningkat 34 sen kepada RM28.28, Hartalega naik 14 sen kepada RM19.94 dan Public Bank menambah 16 sen kepada RM16.84.

Tenaga naik 18 sen kepada RM11.12 dan IHH meningkat enam sen kepada RM5.30.

Daripada saham paling aktif, XDL naik satu sen kepada 7.5 sen, manakala Borneo Oil dan Fintec, masing-masing meningkat setengah sen kepada 5.5 sen dan 13.5 sen.

Kaunter paling untung, Upa naik 62 sen kepada RM2.70, HLT meningkat 44 sen kepada RM2.89 dan Nestle menambah 40 sen kepada RM193.80.

Bagi kaunter paling rugi, Adventa susut 12 sen kepada RM4.96, Pentamaster merosot sembilan sen kepada RM4.65 dan Abm Fujiya turun lima sen kepada 38 sen.

Indeks FBM Emas naik 81.23 mata kepada 11,422.41, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 106.43 mata kepada 13,584.60 dan Indeks FBMT 100 menambah 74.33 mata kepada 11,217.62.

FBM 70 meningkat 76.02 mata kepada 14,977.79 dan FBM ACE melonjak 192.25 mata kepada 10,324.33.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.18 mata kepada 139.78, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 64.10 mata kepada 12,920.21 dan Indeks Perladangan menambah 17.69 mata kepada 7,006.16.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This