Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini dengan Malaysia terus dikekalkan dalam senarai pemerhatian Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI) FTSE.

Pada pukul 9.11 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 11.33 mata atau 0.76 peratus kepada 1,512.13 daripada 1,500.8 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 7.15 mata lebih tinggi pada 1,512.13.

Bagi pergerakan harga keseluruhan pasaran, saham untung mengatasi rugi 313 berbalas 109 manakala 265 kaunter tidak berubah, 1,394 tidak diniagakan dan 21 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 470.17 juta unit bernilai RM398.45 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata keputusan FTSE Russell mengekalkan bon Malaysia dalam senarai pemerhatian akan mengurangkan sedikit prospek pengeluaran modal asing seterusnya.

“Saham-saham murah dan pergerakan harga keseluruhan pasaran dijangka menyaksikan fasa kestabilan kerana para pelabur mungkin beralih kepada saham yang lebih defensif terutama menjelang pilihan raya negeri Sabah hujung minggu ini,” katanya dalam satu nota.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM7.12, Top Glove mengukuh 36 sen kepada RM8.91, TNB menambah empat sen kepada RM10.86, Hartalega naik 92 sen kepada RM16.82, sementara Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing kekal pada RM15.52 dan RM5.25, Sime Darby Plantation turun dua sen kepada RM5.03 dan MISC lega sembilan sen kepada RM7.36.

Saham paling cergas pula, HLT Global naik lapan sen kepada RM1.75, Careplus meningkat 16 sen kepada RM3.31, MTAG menambah 2.5 sen kepada 77.5 sen, Pegasus Heights dan EA Holdings, masing-masing tidak berubah pada 2.5 sen manakala Kanger International jatuh satu sen kepada 22.5 sen sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 85.81 mata kepada 10,855.31 dan Indeks FBM Emas Shariah mengukuh 130.79 mata kepada 12,960.81.

FBM 70 mengembang 131.85 mata kepada 14,049.87, Indeks FBMT 100 naik 85.14 mata kepada 10,684.23 dan FBM ACE meningkat 17.02 mata pada 10,250.76.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 20.49 mata kepada 12,355.93, Indeks Perladangan turun 6.84 mata kepada 7,064.91 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.25 mata ke 132.45.

– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This