Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan pada Rabu untuk dibuka tinggi pada Khamis, berikutan pembeli membuat pembelian semasa rendah selepas indeks petunjuk pasaran merosot hampir 2.0 peratus minggu ke minggu.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.96 mata, atau 0.58 peratus kepada 1,566.51 daripada 1,557.55 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks utama dibuka tinggi 9.35 mata kepada 1,566.90.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 437 berbanding 134, manakala 266 kaunter tidak berubah, 1,361 tidak diniagakan dan 71 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 591.10 juta unit bernilai RM249.17 juta.

Rakuten Trade Sdn Bhd dalam nota berkata, terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah, FBM KLCI dijangka menyaksikan pergerakan meningkat dan trend pada julat 1,560 hingga 1,570 pada Khamis.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata, walaupun pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tidak meningkatkan bursa tempatan pada Rabu, ia berpendapat aktiviti belian saham pada harga rendah akan berlaku dalam saham berharga rendah pada Khamis selepas hampir 1,000 kaunter ditutup rendah pada Rabu.

“Indeks utama akan terus berada dalam jajaran kecil dengan paras sokongan pada 1,550 dan paras halangan pada 1,590 hingga 1,600,” katanya dalam nota.

Berdasarkan harga minyak mentah Brent yang tinggi, yang telah melebihi AS$67 setong, Rakuten Trade dan Malacca Securities yakin peniaga akan memberi tumpuan semula kepada sektor minyak dan gas pada Khamis.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 11 sen kepada RM8.00, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.09, Petronas Chemicals menambah empat sen kepada RM7.71, Tenaga naik sembilan sen kepada RM9.99, manakala IHH tidak berubah pada RM5.08.

Daripada saham cergas, Permaju Industries naik tiga sen kepada 18 sen, Alam Maritim Resources menambah setengah sen kepada 9.5 sen, Techna-X meningkat satu sen kepada 17 sen, YKGI naik tiga sen kepada 29 sen dan Ta Win menokok 1.5 sen kepada 21.5 sen.

Kaunter paling untung diterajui oleh MPI, naik 64 sen kepada RM35.70, diikuti D&O, meningkat 27 sen kepada RM3.60, Lion Posim menambah 23 sen kepada 80 sen, Uchi Technologies naik 22 sen kepada RM3.29 dan Hengyuan Refining menokok 20 sen kepada RM5.91.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 88.24 mata kepada 11,571.36, Indeks FBMT 100 meningkat 68.56 mata kepada 11,242.82 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 98.46 mata kepada 12,970.55.

FBM 70 naik 110.73 mata kepada 15,462.19 dan FBM ACE meningkat 83.51 mata kepada 10,904.46.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 110.20 mata kepada 14,823.94, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.70 mata kepada 183.19 dan Indeks Perladangan menambah 5.15 mata kepada 7,165.85.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This