
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Pagi
KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini dengan hampir semua kaunter merekodkan kenaikan menggalakkan, dirangsang oleh sentimen pasaran yang diperbaharui.
Pada 9.05 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 8.44 mata kepada 1,388.74 daripada penutup semalam 1,380.30.
Pasaran dalam trend meningkat dengan kaunter untung mengatasi rugi 339 berbanding 70, manakala 168 kaunter tidak berubah, 1,344 tidak diniagakan dan 69 lagi digantung.
Perolehan berjumlah 379.80 juta saham bernilai RM152.45 juta.
-BERNAMA