Bursa Malaysia kukuh pada pagi ini

Bursa Malaysia kukuh pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka kukuh bagi hari dagangan terakhir 2022 pada Jumaat, apabila indeks barometer bergerak menghampiri paras 1,500 dengan dirangsangkan oleh aktiviti memperelok akaun akhir tahun.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 4.2 mata kepada 1,495.83 daripada 1,491.63 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks utama pasaran itu dibuka 0.30 mata lebih tinggi kepada 1,491.93.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 226 berbanding 138, manakala 240 kaunter tidak berubah, 1,651 kaunter tidak diniagakan dan 49 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 179.51 juta unit bernilai RM102.07 juta.

Pasaran serantau juga diunjurkan meningkat semula, mengambil petunjuk daripada kenaikan kukuh berterusan di Wall Street, yang menyaksikan S&P 500 dan Nasdaq masing-masing merekodkan peningkatan peratusan sehari terbesar dalam tempoh sebulan didorong keyakinan yang timbul susulan angka tuntutan pengangguran terkini AS.

Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd pula menjelaskan lantunan pasaran serantau itu dijangka memberi kesan limpahan kepada pasaran tempatan, dengan aktiviti dagangan kekal positif.

Firma pembrokeran itu juga yakin saham perbankan, perubatan, telekomunikasi dan perjudian akan menjadi tumpuan, selain saham perkapalan, pelancongan, pengguna dan lapangan terbang susulan tema pembukaan semula China, sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat.

Antara saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals meningkat sembilan sen kepada RM8.62 dan Hong Leong Bank menokok 18 sen kepada RM20.72, manakala Public Bank, CIMB, Digi, RHB dan TM masing-masing menambah tiga sen kepada RM4.38, RM5.83, RM3.98, RM5.78 dan RM5.33.

Bagi saham aktif, Infoline Tec naik 3.5 sen kepada 93 sen, manakala Vinvest dan Berjaya masing-masing tidak berubah pada 19.5 sen dan 29 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 26.70 mata kepada 10,707.90; Indeks FBMT 100 naik 27.92 mata kepada 10,428.50; Indeks FBM Emas Syariah menokok 12 mata kepada 10,896.40; Indeks FBM 70 menambah 28.80 mata kepada 13,053.23 manakala Indeks FBM ACE susut 11.83 mata kepada 5,334.38.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 67.75 mata kepada 16,604.46; Indeks Perladangan menambah 15.01 mata kepada 7,062.93; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.48 mata kepada 181.71 manakala Indeks Tenaga menambah 2.41 mata kepada 776.72.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This