Bursa Malaysia melonjak

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia melantun daripada penyusutan semalam untuk diniagakan lebih tinggi pada sesi awal hari ini, didorong minat belian yang diperbaharui dalam saham berwajaran tinggi terpilih berikutan harga yang lebih rendah, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI menokok 1.50 mata kepada 1,593.02 selepas dibuka 2.45 mata lebih tinggi pada 1,593.97 berbanding 1,591.52 penutup semalam.

Pada 9.30 pagi, terdapat kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 180 berbanding 157 rugi manakala 233 tidak berubah.

FBM-KLCI berada pada 1,594.29, naik 2.77 mata, FBMACE berada pada 4,451.69, naik 9.12 mata, dan FBMEMAS berada pada 11,218.54 naik 17.92 mata.

Sejumlah 389.740 juta saham bertukar tangan bernilai RM125.236 juta. – BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )