Bursa Malaysia menjunam 73.22 mata pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia, sejajar dengan indeks penanda aras Asia rendah pada pembukaan hari ini, terkesan oleh penjualan besar-besaran di Wall Street semalaman selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik global.

Perisytiharan itu menyaksikan Indeks Dow jatuh 9.99 peratus, sementara Indeks S&P 500 susut 9.51 peratus dan Indeks Nasdaq 9.43 peratus lebih rendah.

Indeks Dow dan S&P 500 mencatatkan kejatuhan harian terbesar sejak 1987.

Pada jam 9.04 pagi hari ini, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 73.22 mata atau 5.15 peratus kepada 1,346.21, paras terendah sejak 2010, daripada 1,419.43 pada penutup semalam.

Indeks FBM KLCI dibuka 55.67 mata lebih rendah pada 1,4363.76.

Di pasaran yang lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung 638 hingga 31, dengan 79 kaunter tidak berubah, 1,274 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berada pada 352.93 juta saham bernilai RM134.52 juta. – BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )