Bursa Malaysia rendah pada pembukaan

Bursa Malaysia rendah pada pembukaan

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan ketiadaan pemangkin baharu.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.36 mata kepada 1,583.41 berbanding 1,583.77 pada penutupan Khamis.

Pada pembukaan, indeks meningkat 1.93 mata kepada 1,585.7.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, 194 kaunter mencatat keuntungan, 113 rugi manakala 184 kaunter tidak berubah, 1,518 tidak diniagakan dan 70 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 195.55 juta saham bernilai RM120.89 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata ekuiti tempatan masih belum stabil selepas kejatuhan semalam yang mendorong indeks utama menghampiri paras sokongan 1,580, yang menjejaskan unjuran trend peningkatan kecil.

Ia mencatatkan bahawa walaupun prospek jangka pendek masih tidak menentu, terdapat sedikit peningkatan hari ini dengan indeks utama berusaha mengakhiri bulan ini pada kedudukan yang lebih positif.

“Secara menyeluruh, kedudukan pasaran masih rendah dengan pasaran masih dalam kedudukan suram susulan berakhirnya musim pelaporan prestasi kewangan. Dalam persekitaran sekarang, senario penurunan masih kekal dengan indeks utama kekal lemah untuk beberapa ketika.

“Bagaimanapun, kami menjangkakan akan berlaku beberapa aktiviti memperelok akaun akhir tahun bulan depan yang mungkin dapat membantu memberi sokongan kepada indeks utama dalam jangka masa pendek,” kata Malacca Securities.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan Axiata masing-masing menambah dua sen kepada RM5.84 dan RMRM4.28, Public Bank, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM19.74, RM7.10 dan RM5.38 manakala TNB susut 22 sen kepada RM13.50 dan CIMB turun satu sen kepada RM5.22

Bagi saham aktif, Meridian dan Velesto masing-masing menambag setengah sen kepada tujuh sen dan 38.5 sen, PUC tidak berubah pada lima sen, KNM susut satu sen kepada 35.5 sen, manakala Prinsiptek dan Heng Huat merosot setengah sen kepada 10 sen dan 3.5 sen.

Indeks FBM Emas Shariah turun 24.63 mata kepada 11,749.75, Indeks FBM Emas merosot 12.44 mata kepada 11,210.53, FBM 70 turun 40.69 mata kepada 13,908.08, Indeks FBMT 100 susut 9.49 mata kepada 11,030.49 manakala FBM Ace turun 40.91 mata kepada 4,768.58.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 31.14 mata kepada 7,149.71, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 0.85 mata kepada 15,451.0, dan Indeks Produk & Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.11 mata kepada 150.81.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This