Bursa Malaysia rendah pagi ini, susut 8.83 mata

Bursa Malaysia rendah pagi ini, susut 8.83 mata

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia meneruskan momentum aliran menurun yang dicatatkan minggu lalu untuk dibuka rendah hari ini, berikutan sentimen pasaran lemah terus menjejaskan minat belian.

Pada jam 9.06 pagi, indeks utama, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 8.83 mata kepada 1353.76 daripada 1,357.5 pada penutup Jumaat lalu.

Indeks penanda aras itu, bagaimanapun, dibuka sedikit tinggi 0.44 mata kepada 1,357.94.

Saham perbankan kebanyakannya rendah dengan Maybank jatuh 10 sen kepada RM7.40, Public Bank susut 18 sen kepada RM15.70, Hong Leong Bank berkurangan 14 sen kepada RM13.20, CIMB merosot dua sen kepada RM3.50 dan Hong Leong Financial rendah enam sen kepada RM12.60.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 197 berbanding 110, sementara 211 kaunter tidak berubah, 1,400 tidak diniagakan dan 32 lain digantung.

Jumlah dagangan berada pada 221.16 juta bernilai RM75.76 juta. – BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This