Bursa Malaysia terus menjunam
KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan prestasi semalaman negatif pasaran utama dunia, ditambah dengan perintah kawalan pergerakan seluruh negara sehingga akhir bulan untuk terus memberi tekanan ke atas sentimen pasaran.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) hilang 67.39 mata kepada 1,213.24 daripada penutup Isnin 1,280.63, selepas dibuka 63.35 mata lebih rendah pada 1,217.28 pagi ini.
Dalam pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 600 berbanding 27, dengan 78 kaunter tidak berubah, 1,311 tidak diniagakan dan 17 lagi digantung.
Perolehan berjumlah 291.03 juta saham bernilai RM140.30 juta.
-BERNAMA
CATEGORIES D - Business & Ekonomi