BWF tangguh kejohanan selama sebulan

KUALA LUMPUR,. Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memutuskan untuk menangguhkan semua kejohanan Jelajah BWF dan kejohanan yang berada di bawah kelolaan badan induk itu bermula 16 Mac hingga 12 April.

BWF dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, berkata susulan penularan jangkitan COVID-19 secara global, keputusan itu terpaksa diambil bagi menjaga keselamatan pemain, pegawai pertandingan dan seluruh komuniti badminton.

Antara kejohanan yang terjejas adalah Terbuka Switzerland, Terbuka India, Masters Orleans, Terbuka Malaysia dan Terbuka Singapura serta beberapa lagi kejohanan antarabangsa Tahap 3.

Penangguhan itu akan bermula sebaik berakhirnya saingan Seluruh England esok.

Beberapa kejohanan juga diadakan dalam tempoh kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan BWF akan mengumumkan peraturan berkaitan pengumpulan mata ke temasya terbesar dunia itu.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )