Calon Perikatan Nasional N19 Kesidang Akan Fokus Untuk Merancakkan Ekonomi

Calon Perikatan Nasional N19 Kesidang Akan Fokus Untuk Merancakkan Ekonomi

MELAKA 11 Nov 2021 (TheNusantaraDaily) Calon Perikatan Nasional N19 Dun Kesidang Patrick Ng Chin Kae calon No. 2 amat optimis untuk membantu rakyat di Dun Kesidang merancakkan semula sektor ekonomi yang hampir lumpuh kerana dunia dilanda pandemik Covid-19. Pemulihan ekonomi amat penting kerana dapat mewujudkan semula peluang pekerjaan dan peluang perniagaan.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Gerakan Tangga Batu merangkap Ketua Ekonomi dan Transformasi Anak Muda itu yakin dapat berkhidmat untuk rakyat di Dun Kesidang. Anak jati Melaka yang berumur 32 tahun itu juga aktif membantu masyarakat setempat melalui Persatuan Teo Chew Melaka yang mana beliau menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha. Beliau juga adalah ahli jawatankuasa Melacca Huey Lai Associations.

Dun Kesidang menyaksikan pertembungan 3 penjuru di antara Seah Shoo Chin dari Pakatan Harapan (DAP) yang merupakan bekas Adun yang bertanding semula, Leong Hui Ying Dari Barisan Nasional (BN) dan Patrick Ng Chin Kae dari Perikatan Nasional (PN). Seramai 37,355 pengundi berdaftar pada pilihanraya ke-14 yang lalu YB Seah Shoo Chin mendapat sebanyak 22,880 undi dengan peratus 61% menewaskan penentang dari Barisan Nasional Ng Choon Koon hanya mendapat 8,268 undi dengan peratusan 22% . Seah Shoo Chin (DAP) menang dengan majoriti sebanyak 14,612 undi.

Ketika ditanya oleh wartawan TheNusantaraDaily apakah peluang untuk menang? beliau yakin pengundi akan membuat keputusan yang tepat kerana beliau terlibat secara terus dalam kerja-kerja kebajikan membantu dan menyelesaikan masalah penduduk setempat yang berkunjung ke pejabat Persatuan Teow Chew atau pejabat Parti Gerakan Tangga Batu. Patrick Ng Chin Kae bukan asing bagi penduduk setempat.

Mengulas pendekatan kempennya, Patrick Ng Chin Kae berkata media sosial merupakan antara medium yang digunakan bagi mendekati pengundi selain mengedar risalah berkaitan misi dan visinya ke rumah mereka. Beliau juga berharap agar pihak MKN dapat melonggar sedikit SOP semasa kempen agar dapat membenarkan beliau menemui pengundi secara bersemuka .

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov ini manakala undi awal pada 16 Nov ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt selepas empat ahli DUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Melaka mempunyai 28 DUN dan 495,195 pengundi berdaftar.

— Joy Reyzal / Dino

CATEGORIES
Share This