Canberra ‘halal’ ganja 2020

SYDNEY,. Ibu kota Australia, Canberra bakal menjadi bandar raya pertama di negara ini apabila membenarkan penduduknya memiliki, menggunakan dan menanam sejumlah kecil ganja selepas satu undian berlangsung hari ini.

Penggubal undang-undang di Wilayah Ibu Kota Australia (ACT) meluluskan rang undang-undang membenarkan individu berumur 18 tahun ke atas memiliki 50 gram ganja setiap seorang.

Selain itu, isi rumah dibenarkan menanam hanya empat pokok bagi tujuan kegunaan sendiri.

Rang undang-undang itu menjadikan ACT antara negeri pertama dalam enam negeri di Australia dan dua wilayah utama yang menghalalkan penggunaan ganja itu.

Undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa pada 31 Januari 2020.

Ganja masih kekal sebagai bahan larangan di bawah undang-undang persekutuan Australia dan undang-undang baharu itu bertentangan dengan undang-undang dadah kebangsaan yang melarang pemilikan dadah terbabit.

Negara jiran, Zew Zealand akan mengadakan pungutan suara tahun depan untuk membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan peribadi. -Reuters.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )