CCM sasar raih manfaat daripada kontrak Petronas

CCM sasar raih manfaat daripada kontrak Petronas

KUALA LUMPUR,. Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) mensasarkan untuk meraih keuntungan tahun ini daripada dua projek yang ditangguhkan pada 2019 – kontrak pembekalan caustic soda kepada kemudahan Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) Petronas dan pengembangan kapasiti untuk memenuhi permintaan produk chlor-alkali yang semakin meningkat.

Ia berkata perjanjian untuk membekalkan hingga 351,000 metrik tan (MT) caustic soda kepada syarikat minyak nasional itu dijangka bermula pada separuh kedua tahun ini. Kejadian kebakaran di tapak RAPID pada April 2019 telah menyebabkan penangguhan terhadap rancangan bekalannya tahun lepas setelah mendapat kontrak tiga tahun campur satu daripada Petronas.

CCM juga menjangkakan kemudahan kilang chlor-alkali Pasir Gudang Works 1 (PGW1) akan beroperasi dengan kapasiti penuh pada awal 2021. Kemudahan ini sepatutnya diaktifkan semula pada suku ketiga tahun lalu tetapi hanya mula diuji dan beroperasi pada bulan Disember kerana syarat ketat yanh dilaksnakan oleh pihak berkuasa.

“Ketika kita melangkah ke tahun kewangan 2020, kami berharap dapat meraih keuntungan daripada kontrak pembekalan caustic soda ke kemudahan RAPID Petronas. Kami merancang untuk memanfaatkan kontrak ini untuk memaksimumkan peluang dagangan kumpulan,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Nik Fazila Nik Mohamed Shihabuddin dalam laporan tahunan terbaru syarikat itu yang dikeluarkan hari ini.

Pada masa ini, Malaysia menghasilkan lebih dari 300,000 MT caustic soda setahun dengan CCM menyumbang sekitar 120,000 MT hingga 144,000 MT setahun untuk jumlah tersebut. Walaupun terdapat permintaan dalam pasaran tempatan untuk caustik soda, para penggiat di pasaran domestik tidak dapat memenuhi permintaan ini.

“Oleh itu, ada keperluan untuk mengimport caustic soda. Kami berada dalam kedudukan untuk melakukannya dengan berkesan berdasarkan pengalaman kami dan rangkaian hubungan yang luas,” katanya sambil menambah bahawa CCM mensasarkan untuk meningkatkan bahagian pasaran caustic soda daripada 40 peratus sekarang kepada 50 peratus pada masa depan.

Nik Fazila bekata CCM telah menetapkan sasaran untuk memenuhi keperluan industri teras seperti oleokimia, petrokimia, kilang rawatan air dan industri sarung tangan getah.

CCM mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM16.02 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2019, berbanding dengan RM25.70 juta pada tahun kewangan 201818. Perolehan juga menurun kepada RM386.06 juta daripada RM395.94 juta sebelumnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This