Ceballos terus dipinjam kepada Arsenal

Ceballos terus dipinjam kepada Arsenal

LONDON,. Dani Ceballos semakin hampir untuk meneruskan tempoh pinjaman di Arsenal selepas mengadakan perbincangan dengan Mikel Arteta.

Menurut laporan, pemain Sepanyol itu sudah memulakan latihan dengan Real Madrid pada pra musim walaupun kedua-dua kelab buntu dalam perbincangan mereka.

Pemain tengah berusia 24 tahun itu menghabiskan musim 2019-20 secara pinjaman bersama Gunners dan meninggalkan kelab bersama kejayaan dalam Piala FA.

Dia mengagumkan penyokong Arsenal dengan membuat 37 penampilan dalam semua kejohanan dan menjaringkan dua gol.

Dan Arteta tidak membuang masa untuk mencapai persetujuan baharu dengan membawa kembali Ceballos kembali ke skuad untuk kempen akan datang.

Dan ia dikatakan hampir menjadi kenyataan.

Menurut Fabrizio Romano, Gunners berada dalam perbincangan akhir bersama Madrid dan pakej pinjaman itu akan dibuat “tidak lama lagi”.

Namun difahamkan menurut klausa, sekali lagi tidak akan ada perpindahan secara kekal. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This