Celcom, DHL Supply jalin kerjasama untuk Cipta bersama ekosistem logistik digital

Celcom, DHL Supply jalin kerjasama untuk Cipta bersama ekosistem logistik digital

KUCHING,. Celcom Axiata Berhad (Celcom) dan DHL Supply Chain (Malaysia) Sdn Bhd (DHL) mengumumkan kerjasama untuk membina rantaian bekalan yang berdaya tahan dan mampan di Malaysia.

Ia katanya hanya dengan mencipta dan mendigitalkan logistik dengan penyelesaian pintar.

“Perkongsian tersebut bertujuan cipta bersama ekosistem digital yang membolehkan kedua-dua organisasi berkongsi pandangan serta kepakaran mereka ke arah pelaksanaan penyelesaian teknologi dan perkhidmatan ketersambungan bagi menyokong logistik yang berdaya saing.

“Kolaborasi tersebut akan merapatkan jurang antara industri yang berbeza,” katanya menerusi satu kenyataan kenyataan dikeluarkan Celcom semalam.

Celcom akan menjadi peneraju dengan memanfaatkan kekuatan kepimpinan komunikasi tempatan dan kecemerlangan operasinya untuk mencadangkan penyelesaian ICT bagi memastikan rantaian bekalan yang cekap dan lancar.

Ini termasuk penyelesaian pintar seperti robotik, SDWan, Sekuriti Siber, Wi-Fi Terurus dan Penyelesaian Rangkaian 5G yang akan datang.

Kerjasama ini juga akan memanfaatkan kepakaran kedua-dua organisasi dengan penekanan kepada keperluan pelanggan berdasarkan ekosistem digital pada masa kini, ujarnya.

“Ini akan membolehkan operasi yang lebih lancar dengan tumpuan terhadap peningkatan produktiviti, di mana ia akan menyebabkan kos operasi yang lebih rendah,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Idham Nawawi dan Pengarah Urusan DHL Supply Chain (Malaysia) Sdn Bhd Mario Lorenz, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di @celcom, Petaling Jaya, semalam.

“Kerjsama ini membolehkan pemain industri terkemuka dari kedua-dua pihak industri iaitu logistik dan telekomunikasi bersama-sama memanfaatkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran masing-masing untuk meneroka penyelesaian pintar bagi meningkatkan kecekapan dan kemampanan logistik.

“Pendigitalan logistik adalah penting bagi mempercepatkan pertumbuhan industri rantaian bekalan tempatan dan ekonomi digital negara, supaya dapat memastikan Malaysia kekal berdaya saing dan kekal menarik kepada pelabur asing.

“Dengan memanfaatkan liputan terluas Celcom dengan prestasi rangkaian yang boleh dipercayai dan konsisten, kami akan bekerjasama dengan DHL Supply Chain bagi mengaplikasikan penyelesaian logistik pintar untuk menjana hasil positif, yang membawa kepada pengurusan rantaian bekalan yang lebih tangkas dan memberi nilai kepada pelanggan,” tambah beliau.

Pengarah Urusan DHL Supply Chain Malaysia Mario Lorenz pula berkata, kerjasama ini sejajar dengan agenda pendigitalan pihaknya yang dipercepatkan, kerana DHL menggunakan teknologi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan pekerjanya.

“Kami dapat belajar daripada rakan kongsi strategik kami iaitu Celcom dan menyumbang rantaian bekalan kami supaya dapat mencipta nilai yang lebih tinggi untuk pihak industri.

“Di Malaysia, kami telah melaksanakan teknologi seperti pick-to-light, automasi dan automasi proses robotik (RPA), yang telah membantu kami menjadi lebih produktif dan cekap, di samping memastikan keselamatan pekerja kami dan membekalkan mereka dengan peluang untuk meningkatkan kemahiran,” tambahnya.

CATEGORIES
TAGS
Share This