CelcomDigi menjemput rakyat Malaysia sertai cabaran #Celcom23ForS23 dan #Digi23ForS23
KUCHING,. CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) meraikan pelancaran Samsung Galaxy S23 di Malaysia dengan menawarkan peluang unik kepada pelanggan untuk memenangi peranti perdana terbaharu Samsung dengan kemahiran kreatif mereka.
Mulai Jumaat hingga 30 Mac 2023, sejumlah 46 peranti Samsung Galaxy S23 boleh direbut dengan 23 unit untuk pelanggan Celcom dan 23 unit untuk pelanggan Digi.
Peraduan ini terpakai kepada semua pelanggan Celcom dan Digi sedia ada di negara ini.
Untuk menyertai peraduan, peserta dikehendaki merakamkan video sepanjang 23 saat, menunjukkan bakat atau kemahiran unik anda.
“Sebagai contoh, ‘Saya boleh melakukan 15 burpee dalam 23 saat,’ ‘Saya boleh melakukan solekan muka penuh dalam 23 saat,’ ‘Saya boleh melakukan 10 gerakan tarian dalam 23 saat’ dan ‘Saya boleh makan lima bar coklat dalam 23 saat’,” kata CelcomDigi menerusi kenyataan pada Jumaat.
Seterusnya, anda perlu memuat naik video kreatif anda pada suapan Instagram peribadi anda dan memastikan profil Instagram anda untuk ketetapan umum.
Untuk pelanggan Celcom, tag dan ikuti @Celcom dan hashtag #Celcom23forS23.
Manakala, untuk pelanggan Digi, pastikan tag dan ikuti @DigiTelco dan hashtag #Digi23forS23.
CelcomDigi mempelawa pelanggan untuk melancarkan kreativiti mereka dan menjadi pemilik bangga telefon pintar Samsung Galaxy S23 yang serba baharu dengan mengambil bahagian dalam peraduan menarik ini.
Bagi pelanggan yang ingin membuat pembelian di kedai, Siri Samsung Galaxy S23 perdana baharu boleh didapati di semua cawangan Celcom bluecube dan Digi Store, serta melalui Celcom Online Store di https://celcom.com.my/samsung-s23 dan Digi Store Online di https://digi.my/s23.
Untuk maklumat lanjut tentang cabaran #Celcom23ForS23, layari https://celcom.com.my/samsung-galaxy-s23-contest.
Manakala, untuk maklumat lanjut tentang cabaran #Digi23ForS23, layari https://digi.my/s23contest.