CelcomDigi umum Hari Gaji Specials dengan tawaran data nilai untuk wang

CelcomDigi umum Hari Gaji Specials dengan tawaran data nilai untuk wang

KUCHING,. CelcomDigi mengumumkan Hari Gaji Specials pertamanya dengan tawaran data nilai untuk wang kepada pelanggan pelan prabayar dan pascabayar.

Menurut kenyataan medianya hari ini, pengguna Celcom kini boleh menikmati penjimatan hebat seperti pengguna Digi jika mereka memerlukan kuota Internet tambahan sebelum bulan berakhir.

Katanya, tawaran istimewa empat hari ini akan disediakan kepada semua pengguna Celcom dan Digi mulai semalam hingga 20 Januari 2023.

“Untuk prabayar, anda hanya perlu tambah nilai RM30 dan ke atas untuk mendapat Internet 10GB percuma melalui aplikasi dan e-Dompet terpilih.

“Pengguna Celcom XPAX perlu menambah nilai RM30 ke atas melalui aplikasi Celcom Life atau Boost,” katanya.

Sementara itu ujarnya, pengguna Digi Prepaid boleh menambah nilai melalui aplikasi MyDigi atau Digi Store dalam talian, aplikasi e-dompet Boost, Lazada, Shopee, Touch n Go atau Z City.

“Untuk pascabayar pula, anda boleh nikmati Internet berkelajuan tinggi 15GB pada hanya RM15 (sah tujuh hari).

“Pelan ini layak bagi pengguna Celcom XPAX Postpaid, Celcom MEGA dan Digi Postpaid,” jelasnya.

Pengguna Celcom boleh membeli alat tambah Internet melalui aplikasi Celcom Life manakala pengguna Digi boleh melakukannya melalui aplikasi MyDigi dan Digi Store Online.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.celcom.com.my/promotion-hari-gaji dan https://digi.my/hgs.

CATEGORIES
TAGS
Share This